SK NANGA OYAN YBB7108 [email protected] / [email protected]
A. SEJARAH PENUBUHAN
Dibina pada tahun 1963. Ianya terletak di atas sebuah bukit yang tinggi di tebing kanan Batang Mujong dan berhadapan dengan sebuah sungai yang diberi nama Sungai Oyan. Oleh kerana sekolah ini dibina berdekatan dengan sungai tersebut maka sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Nanga Oyan. Jauhnya dari Bandar Kapit ialah kurang lebih 38 km dan perjalanan ke sini dengan perahu panjang memakan masa selama hampir tiga jam.
Pada asalnya sekolah ini dibina oleh pihak Majlis Daerah Kapit. Segala pengurusan dan pentadbirannya adalah dikendalikan secara rasminya oleh Setiusaha Majlis Daerah Kapit sejak ianya ditubuhkan sehingga pada tahun 1974. Pada ketika ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi sekolah ini.
1975, Jabatan Pelajaran Bahagian mula ditubuh di Bahagian Kapit bagi pertama kali. Sejak tahun tersebut, semua sekolah yang ada di Bahagian Kapit diambil alih oleh Jabatan Pelajaran bahagian yang diketuai oleh Encik Hilary Nyambau sebagai Pegawai Pelajaran bahagian yang pertama di bahagian ini.
Semasa di dalam pengendalian Majlis Daerah Kapit sebelumnya, sekolah ini Cuma mempunyai 1 blok bilik darjah ( separuh kekal ) yang mengandungi 4 bilik kelas dan satu bangunan asrama ( separuh kekal ) yang mengandungi 2 bilik. Sebuah bilik sementara yang diperbuat daripada kayu ( jenis pondok biasa ) telah juga dibina untuk menempatkan murid asrama lelaki. Terdapat juga 2 blok Rumah Guru ( jenis council ) yang mengandungi 4 bilik dan sebuah bangunan untuk dapur, dewan makan dan stor makanan.
1976, Sekolah Rendah Oyan menempa satu detik gemilang di dalam sejarahnya. Perasmian penubuhan sekolah ini telah dirasmikan oleh bekas menteri dalam negeri dan juga menteri yang menjaga hal-ehwal adat istiadat kaum iban di Sarawak iaitu Datuk Temenggong Jugah Anak Barieng. Beliau adalah anak watan Sarawak yang berbangsa iban yang terpengaruh dan disegani oleh rakyat tempatan di Sarawak.
Sejak beberapa tahun ianya dibina sehingga sekarang , sekolah ini adalah salah sebuah sekolah di antara sekolah-sekolah di Batang Mujong yang tertua sekali. Sekarang usianya telah mencapai 48 tahun. Memang tidak dapat dinafikan bahwa sekarang ianya banyak berubah keadaan fizikalnya dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dari tahun ke tahun. Ramai guru dan murid-murid telah berada di sini sama ada datang untuk berkhidmat mahupun belajar di sini.
Murid-murid di sini datang dari 12 buah rumah panjang yang berhampiran dengan sekolah ini. Banyak bangunan baru ( separuh kekal ) telahpun dibina oleh pejabat pelajaran Bahagian yang memenuhi kawasan bukit yang begitu indah dan luas.
Catatan :
Keluasan : 6.02 ekar / 2.44 hektar
Lat 2⁰3’28” Long 113⁰15’6”
FEEDER KAWASAN
A. Mujong hilir
1. Rh Weng
2. Rh Bangkong
B. Sungai Oyan
3. Rh Nawin
4. Rh Lumpun
5. Rh Jimmy Jarraw
6. Rh Umbang
7. Rh Unting
C. Ulu Mujong
8. Rh Anding
9. Rh Peter
10. Rh Liok
11. Rh Along
12. Rh Lugak
D. Sungai Paku
13. Rh Nisson
B. SENARAI GURU BESAR
1. Belum dikenalpasti
2. En Rinnie Jaon ( 01.12.1989 – 01.06.2004 )
3. En Tujang Anak Balang ( 06.12.2004 – 12.06.2008 )
4. En Louis Anak Nyelang ( 12.06.2008 – 01.01.2011 )
5. En Kadum Anak sumbang ( 12.01.2011 – kini )